Wednesday, July 3

sebulan di bumi KUIM

Assalamualaikum

hampir sebulan aku disini..ya di sini.di tempat yang aku dapat rasakan sebuah ketenangan..siapa tidak tenang jika disini kulihat ramai yang menjaga pergaulan,walau segelintir yang ingkar..ya hanya segelintir...biasalah,dimana-mana susah utk kita hapuskan pergaulan bebas lelaki dan perempuan...kita berusaha tapi diri mereka sendiri yang menentukan sama ada mahu turut atau terus ingkar.dan
ramai yang menutup aurat disekelilingku.. jujur aku rasa indah. 

bertemankan sahabat-sahabat yang merindui syurga ilahi.. Allah,aku rasakan semakin hari semakin aku menginjakkan diri lebih dekat dengan kekasih abadi...
benarlah kata org, jika kita berteman dengan penjual minyak wangi,maka kita juga akan berbau wangi..
jika kita berteman dengan penjual arak,maka terbau jugalah bauan arak itu sendiri...

jujur aku tidak salah memilih kuim.. walau hanya sebuah kolej universiti yang tidaklah semoden mana..tapi ukhuwah yang terjalin dan semarak cintakan ibadah disini sangatlah membuat aku terharu dan bangga mendapat pendidikan disini..
untuk apa aku hiraukan kata orang,aku mencari redha penciptaku..bukan redha mereka yang tidak habis2 mencemburui diri ini yang serba kurang lagi hina.

sudah sebulan juga aku belajar berada jauh dari mama tercinta. jujur aku sedang merindui insan yang mengandungkan aku selama 9 bulan dan melahir serta memberi didikan sehingga aku sampai ke tahap ini.
mama tak lepas memberikan semangat.. semangat mama yang sering aku bawa hingga ke hari ini.
aku bahagia punyai seorang insan yang sangat tabah..

disini aku belajar yang namanya pengertian tentang sahabat..Allah, indahnya ukhuwah kerana-MU! 
fikirkan jika diri ini tidak berdaya,Allah sedang memberi tarbiyah..aku jadi keseorangan..tiada peneman..tapi,jangkaan ku meleset sama sekali.ada sahaja masuk mesej2 menanyakan khabar dan apa kemahuanku yang bisa mereka kabulkan.
ada juga terpaksa memapah tangan ini tatkala diri sudah tiada daya sedangkan aku tahu dia lelah menantikan kelas yang akan bermula sebentar saja lagi..ada pula yang datang menjenguk membawa makanan kesukaanku..
Allah, syukur aku diberi peluang merasai manis-manis persahabatan...





jadi teringat akan sahabat aku yang dua lagi yang sedang merantau mengejar cita-cita,jauh dari aku..tapi ketahuilah...walau jauh dimata,mereka sentiasa dekat dihati... pengubat duka,pengusir lara..


No comments:

Post a Comment