siapa dia yang tak punyai masalah?
setiap orang mesti ada masalah tersendiri..ya,itulah manusia. manusia tidak sempurna.
tapi, sebagai manusia yang berpelajaran dan mempunyai fikiran yang positif seharusnya kita pandai manage permasalahan yang datang,bukan dengan larikan diri dari masalah.itu cara orang pengecut.
try hadap walau susah mana pun sesuatu masalah tu. try jadi hero dalam kehidupan kita sendiri. baru booleh jadi khalifah Allah yang berjaya dunia dan akhirat insyaAllah.
anda sudah punya banglo 3 tingkat? kereta mewah? wang berjuta? anda pasti dengan semua itu menunjukkan bahawa anda telah pun mencapai kejayaan?
tidak.. anda belum lagi berjaya, anda masih tercari-cari apa tujuan hidup anda sesungguhnya.adakah hanya kemewahan tujuan sebenar anda disini?
ketahuilah,kejayaan sebenar-benarnya tatkala diri nak dimasukkan ke liang lahad dan kita pasti bahawa amalan yang kita bawa cukup untuk perjalanan ke syurga-NYA. itulah kejayaan yang sesungguhnya,kejayaan yang didambakan seluruh umat islam.
moga Allah redha atas apa yang kita perbuat di muka bumi ini..
No comments:
Post a Comment