Tuesday, May 7

Jujur aku rindu adik-adik itu

Assalamualaikum

kerana aku terkenang, maka aku menaip.
bukan semata kerana rindu tapi kerana kasih,aku sayang mereka.

siapa mereka?
adik-adik itu..

mereka, yang sering hadir dalam mimpi-mimpi ku.

selepas tamat spm lepas,mungkin ada yang tidak tahu kemana hilangnya aku dari melaka.
bukan membawa diri.. cuma hati ini terpanggil untuk kesana, kedengaran begitu indah di telinga ini,terbayang gelak tawa kanak-kanak riang, masih segar di ingatan adik-adik itu menarik-narik tanganku..mengajak aku bermain katanya..

masih subur rindu-rindu ini, walaupun tiada pertalian darah sama sekali,entah kenapa hati ini terhambat pilu bila tiba waktu meninggalkan mereka.
aku kuat disana hanyalah kerana adik-adik itu..ya,adik-adik itu. yang selalu membuat aku tersenyum bahagia.. kala letih,kala diri ini mahukan rehat sepuasnya,saat aku jatuh sakit disana, tiadalah yang dapat menguatkan aku melainkan mereka..mungkin mereka malaikat kecil yang Allah kirim untuk aku.. disamping mengejar sebuah pengalaman, pengalaman itu tidaklah semua baik belaka..

indahnya saat bersama adik-adik itu.tiadalah buruk yang berlayar di kotak minda ku bila ada mereka bersama..
masih lagi aku simpan recording video bersama mereka,Allah jujur aku rindu!
foto-foto indah mewarnai memory card di tablet.. saat sepi aku melihat kembali,senyuman mereka.. tiadalah duka..hanya terlihat sebuah senyuman lebar tersungging di bibir masing-masing..

indahnya adik-adik itu..ya,mereka membawa gembira..
saat aku merindui keluarga jauh di melaka, terubat sedikit rindu bila mereka disisi.
tidak aku kisah apa kata orang,aku kesana bukan kerana apa,melainkan sebuah pengalaman.

orang bijak pandai berkata,pengalaman mendewasakan kita,dengan pengalaman juga kita melihat dunia.

aku melihat sekitar, orang-orang makin rancak bicara soal aku.
aku angkat bahu,kaki kususun melangkah maju dan pergi bersama adik-adik itu. untuk apa terasa,jauh sekali sedih melayan perasaan jika 'kegembiraan' sentiasa bersama.

setiap pagi aku menonton kartun bersama adik-adik itu. Allah, cerdiknya mereka.
sering saja bernyanyi bersama, aku ajar gaya,mereka menirunya..pantas sekali mereka mengingat setiap step yang diajar. masyaAllah, adik-adik itu masih berbau syurga tiada dosa,tiada pun bintik noda di hati mereka.

kerana itu aku senang. lapang dan tenang bila bersama adik-adik itu..



aku mencari pengalaman,tidak kisah kemana kaki ni melangkah.. kerna Allah kan ada.





No comments:

Post a Comment