Sunday, August 25

Ini aku dedikasikan untuk Cinta Halal




Walau kau muncul 10 dekad lagi,
kau sudahpun ada tempat di
dalam hatiku.-YhnsYns


Wednesday, August 14

tanah ini mendamaikan


tanah USM itu dulunya tempat arwah ayah mengaji. 
baru-baru ni dapat pula offer kesana.. 
rasa hati ingin kesana..menyambung legasi arwah barangkali.
tapi sayangnya,aku sudah jatuh hati dengan tanah KUIM.
hati aku damai disini. walau tempat tak sekeren mana.

aku ikut saja perjalanan takdir.. Allah lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA. 


Tuesday, August 13

Kadang jatuh hati itu....



kadang jatuh ini buat aku tersenyum sendiri. orang bilang aku gila. tidak pula aku melenting. hanya ketawa gembira.
kadang jatuh ini buat aku sedih,sedih yang amat. terasa tangkai hati dijentik-jentik hingga mengalir titis air mata.
kadang jatuh ini buat aku semangat untuk hari-hari mendatang.
kadang jatuh ini terasa pahit,dan sangat perit hingga aku rasa mahu BENCI!
dan
kadang rasa ini buat aku takut.. aku takut aku terlebih. sudah aku bilang dulu, aku berbeza tak sama macam mereka. aku berpegang teguh pada sebuah prinsip.prinsip yang aku reka sendiri. untuk menjaga barangkali. selain kerana aku takut melihat org lain yang jatuh hingga terus merana dipagut pilu selama.

orang kata aku pelik. 18 tahun hidup tidak pernah bercinta. bukan tidak pernah.. rasa jatuh itu ada. cuma aku takut untuk bercinta. takut istilah bercinta yang suci bertukar gerun lantas Allah marah. aku takut. 
melihat sekeliling sang merpati konon sejoli bila bertengkar habis dicarut...

aku terdiam.maka berfikir :|
mengapa mesti begitu? 
mengapa jadi begitu?
mengapa dan mengapa.
lantas aku menemui suatu jawapan dari pendapat akal sendiri,

hubungan sebelum nikah itu tidak diberkahi barangkali.manakan tidak, sudah dilarang berpacaran,kerana pacaran bikin diri lebih dekat dengan kemungkaran.. bukan untuk membiar kita jadi sepi cuma tunggu masa dinikahi.agar halal suami isteri.. terus membina keluarga versi islami.

soleh mana seorang lelaki,solehah mana seorang perempuan tetap mereka punya HATI. jangan kau fikir hati mereka dibalut supaya suci murni bak sabun pencuci.
mereka menjaga. bukan untuk mereka semata. tapi dedikasi untuk Allahurabbi.

sudah dibilang, mahu kan cinta yg halal lagi suci, gapai dulu cinta sang ilahi. baru diberi kita cinta yg sepatutnya menjadi milik sendiri.
dan
aku tak perlu takut lagi. kerana semua sudah diterima wali.

masa itu bakal tiba. lama atau dekat... Allah sebagai perancang.. aku hanya lewati. 
moga soleh/solehah hendaknya~ :) 





Tuesday, July 16

Aku masih disini untuk bercerita

Assalamualaikum.

mungkin aku jauh berbeza dari kau,mungkin prinsip aku juga jauh lari dari apa yang kau pegang.

aku adalah aku.diri yang serba kurang dan hina..aku masih mencari dan akan terus mencari redha ilahi.. dalam mencari redha pencipta,aku temui ramai yang utuh imannya berbanding aku,dalam mencari redha tuhanku,aku temui hati-hati yang yg cinta ilahi dan nabi saw.sedangkan aku si hamba hina ini masih terus mencari dan menggali ilmu...
dalam aku mencari dalam-dalam tentang agama suci ini,aku temui insan-insan yg indah peribadi..Allah! aku juga mahukan itu.. aku juga teringin menjadi seperti itu..yang merindui dan dirindui pencipta..

ramai yang sejantina denganku sudah berpunya pacar..sering menyulam kasih..membenih yg namanya cinta..
entah,mungkin bukan cinta abadi.. cinta duniawi semata.. namun,itulah yg mereka kejar2 kan..itulah yg mereka impi2kan..
fitrah.ya,itu fitrah..ingin dicinta dan dicinta..Allah jadikan kita juga berpasang-pasangan...
namun, bukanlah ertinya berpasang dengan yang masih haram dan belum halal bagi kita sekaliannya.
cari lah yg halal.. dengan halal,lebih baik untuk diri dan sidia.. malah Allah puji,Allah suka,Allah rahmati...

moga aku diberi-NYA suami ygsoleh,yang mampu bimbing aku lebih dalam tentang agama suci islam ini.. dan bersama menggapai redha dan cinta ilahi sesungguhnya untuk bekalan ke alam sana kelak.. aku mahu syurga.ya,itu juga cita-cita kau.mahukan jannah.namun,adakah kita bertindak benar sebagai penghuni jannah?? kita lalai.kita ini terlalu hamakkan dunia yang tak seberapa ini.yg tempatnya bersifat sementara.yang isinya semua karut belaka.


jujur,aku juga mahu dicinta.tapi jauh.jauh benar prinsipku dengan kau atau dia,malah semuanya..mungkin aku ini lain .aku yuhanis .hanya seorang sahaja yuhanis.bukan yuhanis itu atau yuhanis lain.aku hanya mahukan yg halal. maksud halal bagiku,halal untuk aku menyayangi,halal untuk aku bersulam kasih dan sayang..dan halal untuk segala yg Allah kehendak.
hati aku bukan mudah menerima.hati ini juga tidak pernah terusik cuma kadang aku jadi lemah..namun aku kuatkan demi prinsip yg aku pegang. prinsip yg aku sayang rapat-rapat.kerana bagi aku cinta kasih bukan untuk kekasih sahaja,malah aku bisa bercinta dan berkasih dengan sahabat,keluarga yg seharusnya aku wajar berikan kasih ini pada mereka..yg halal.

aku masih menunggu.tapi bukan desprate. hanya menunggu sahaja.. tapi bukan memaksa.
jika Allah mengkehendakai segalanya bakal terjadi.jadi,aku hanya tunggu.. bukan ertinya aku tidak berusaha..cumanya, aku masih muda..masih lama perjalanan dikemudian hari.(andai umur masih disini).

and
FOR YOU :)



Saturday, July 13

seribu kali sayang

Allah! betapa aku gembira.. betapa aku senangi..betapa aku menyukai...
kau beri aku kepayahan dikiri,aku mendapat berjuta kesenangan dikanan ini..

aku sayang,seribu kali sayang sahabat fillah ku..
sungguh,aku keseorangan pada luarannya tanpa family disisi,tapi Allah kurniakan aku sebuah keluarga besar disini. tak dapat aku gambarkan rasa sayang di sini,di hati ini..
sungguh,Allah lah yg menggerakkan hati2 ini supaya saling menyayangi..supaya saling bertaut demi menggapai redha Ilahi bersama..




sahabat,jangan kau tinggalkan aku terkapai-kapai mencari sinar..
gapailah tangan ini..jom kesana,ke syurga bersama..
didik lah aku yg serba kekurangan..kerana aku ini hanya manusia yg mendambakan kasih ilahi..

aku kehausan ilmu..aku laparkan ilmu..maka tarikkan aku,ajarlah aku..jangan aku,kau tinggalkan. sungguh sayang ini mulai mekar dari hari ke hari..saat kita bersahur bersama,berbuka bersama..malah gembira serta duka bersama.. walau ada duka tetap ku anggap kenangan ini kenangan terindah.. tersimpan kukuh dalam kotak memori..menjadi perindu setiap masa kita bersama...
salam Ramadhan Kareem Al-Mubarak!

salam qaseh sayang,

Yuhanis Yunus