Tuesday, August 13

Kadang jatuh hati itu....



kadang jatuh ini buat aku tersenyum sendiri. orang bilang aku gila. tidak pula aku melenting. hanya ketawa gembira.
kadang jatuh ini buat aku sedih,sedih yang amat. terasa tangkai hati dijentik-jentik hingga mengalir titis air mata.
kadang jatuh ini buat aku semangat untuk hari-hari mendatang.
kadang jatuh ini terasa pahit,dan sangat perit hingga aku rasa mahu BENCI!
dan
kadang rasa ini buat aku takut.. aku takut aku terlebih. sudah aku bilang dulu, aku berbeza tak sama macam mereka. aku berpegang teguh pada sebuah prinsip.prinsip yang aku reka sendiri. untuk menjaga barangkali. selain kerana aku takut melihat org lain yang jatuh hingga terus merana dipagut pilu selama.

orang kata aku pelik. 18 tahun hidup tidak pernah bercinta. bukan tidak pernah.. rasa jatuh itu ada. cuma aku takut untuk bercinta. takut istilah bercinta yang suci bertukar gerun lantas Allah marah. aku takut. 
melihat sekeliling sang merpati konon sejoli bila bertengkar habis dicarut...

aku terdiam.maka berfikir :|
mengapa mesti begitu? 
mengapa jadi begitu?
mengapa dan mengapa.
lantas aku menemui suatu jawapan dari pendapat akal sendiri,

hubungan sebelum nikah itu tidak diberkahi barangkali.manakan tidak, sudah dilarang berpacaran,kerana pacaran bikin diri lebih dekat dengan kemungkaran.. bukan untuk membiar kita jadi sepi cuma tunggu masa dinikahi.agar halal suami isteri.. terus membina keluarga versi islami.

soleh mana seorang lelaki,solehah mana seorang perempuan tetap mereka punya HATI. jangan kau fikir hati mereka dibalut supaya suci murni bak sabun pencuci.
mereka menjaga. bukan untuk mereka semata. tapi dedikasi untuk Allahurabbi.

sudah dibilang, mahu kan cinta yg halal lagi suci, gapai dulu cinta sang ilahi. baru diberi kita cinta yg sepatutnya menjadi milik sendiri.
dan
aku tak perlu takut lagi. kerana semua sudah diterima wali.

masa itu bakal tiba. lama atau dekat... Allah sebagai perancang.. aku hanya lewati. 
moga soleh/solehah hendaknya~ :) 





No comments:

Post a Comment