Thursday, May 24

mengapa wanita sering menangis??

bissmilahhirahmanirrahim...
assalamualaikum...  =)
wanita? wanita mana yang tak pernah menangis?? wanita mana yang tak pernah mengalirkan walau satu titik air mata?? 
kekadang, lelaki hanya pandai menuding jari mengatakan wanita insan yang lemah,senonim dengan ciri-cirinya yang sering menangis walau hanya disebabkan perkara kecil..tapi adakah mereka tahu??? menangis bukan kerana lemah ..tetapi........kerana..... sebuah ANUGERAH.. kerana wanita itu dijadikan Allah sebagai insan yang istimewa.. berbangga lah jika anda seorang wanita, jagalah diri anda sebaik-baiknya kerana anda permata di almari kaca...

terimalah santapan hati yang teristimewa untuk mereka yang istimewa ..dikongsi dari laman : diariHATI 
---------------------------------------
Ya اَللّهُ  , mengapa wanita sering menangis?



JawabNYA: Kerana wanita itu unik.
AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang  yang ia sayangi
Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru..

No comments:

Post a Comment